Sunday 29 January 2012

Gadis berusia 19 tahun bertukar wajah menjadi nenek tua...(Tak tipu)




Cerita ni serius memberi keinsafan . Betul lah orang putih cakap 

"People are like grass , their beauty is like a flower in the field. The grass withers and the flower fades.....

Ha..maknanya the beauty is not forever . Nanti sampai pada masanya kecantikan and kehenseman seseorang tu akan hilang juga..kecuali lah kalau dia g wat plastic surgery kat Thailand..eh,boleh ke? aku pun hentam je...XD

Okay...continue reading this true story.....






Seorang gadis berumur 19 tahun terpaksa menerima kenyataan apabila wajahnya berubah menjadi nenek tua selepas menghidap penyakit yang tidak diketahui puncanya. Gadis yang dikenali Ita Susilawati dan berasal dari Pulau Bandring, Kabupaten Asahan bukan sahaja menderita akibat perubahan wajahnya tetapi juga ketumbuhan ketulan besar di perutnya.
Difahamkan, gadis itu sebelum ini menjadi rebutan di kalangan lelaki di kampungnya.
Punca utama yang menyebabkan perubahan wajahnya masih belum diketahui. Sebelum ini, keluarganya sudah berusaha sedaya upaya untuk menyembuhkan penyakit itu dengan berjumpa ramai doktor pakar, tabib dan bomoh namun usahamereka tidak berjaya. Lebih malang lagi, Ita ditinggalkan oleh suaminya disebabkan penyakit itu.
Ita merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik, iaitu hasil perkongsian di antara Dur Rahman (50) dan Ramlia (44). Beliau dilahirkan dalam keadaan normal dan digelar sebagai kembang desa Suka Damai kerana kecantikannya yang menjadikan beliau rebutan di kalangan lelaki. Ketika Ita berusia 17 tahun, beliau telah berkahwin dengan Hendra Efendi (23), suami yang meninggalkannya dan seorang berbangsa Binjai.
Dalam sesi temubual dengan METRO, Ita telah menceritakan kronologi penyakit yang dialaminya dan bagaimana penyakit tersebut mula timbul selepas berkahwin dengan Hendra. Menurut Ita, selama 3 bulan pertama selepas berkahwin, hidup mereka bahagia dan tiada masalah. Masalah itu hanya mula timbul selepas Hendra telah kembali ke kampungnya di Binjai untuk mencari pekerjaan.
Selama 3 bulan ditinggalkan suaminya, iaitu pada awal 2008, Ita mula bermimpi perkara yang menakutkan seperti dikejar ular besar dan hitam. Dalam mimpinya, ular tersebut tidak sempat mematuknya kerana beliau sempat melarikan diri
Walaupun Ita mengalami mimpi yang menakutkan itu, beliau tidak memperdulikannya kerana hanya menganggap mimpi itu sebagai mainan tidur. Tiga hari kemudian, Ita mula mengalami rasa panas dan pedih pada tengkuknya iaitu seolah-olah telah dipukul kuat. Menurutnya, terdapat kesan tapak tangan berwarna merah yang kelihatan di bahagian tengkuknya yang sakit.
Tidak lama selepas itu, bintik-bintik merah mula timbul di kedua tangan dan kakinya manakala dada beliau mula mereput. “Saya seolah-olah sedang direbus dalam air mendidih,” kata Ita. Oleh kerana keadaan Ita yang semakin teruk, beliau telah di bawah ke klinik oleh ibubapanya yang terletak di Kartini Kisaran. Di situ, Ita ditahan selama enam bulan untuk rawatan berterusan.










Walaupun Ita sudah menjalani rawatan selama 6 bulan namun penyakitnya belum sembuh juga. Ini menyebabkan keluarga semakin hairan kerana menurut doktor, tiada penyakit yang dikesan dalam tubuh badan Ita.
Selepas itu, Ita telah dibenarkan pulang oleh doktor. Beberapa hari kemudian, beliau telah dibawa ke hospital umum Adam Malik dan Pirngadi Medan. Di sana, Ita dirawat oleh beberapa doktor pakar. Bagaimanapun, tiada sebarang penyakit yang dikesan.
“Oleh kerana tiada penyakit yang dikesan dalam badan Ita, saya membawa dia kembali ke kampung. Suaminya pula belum balik lagi selepas berhijrah. Di rumah, penyakit Ita semakin teruk, kedua belah matanya membengkak manakala bahagian atas kulit matanya mula tertutup. Bahagian bawah kulit mata Ita pula membengkak dan mereput,” kata ibu Ita.
Lebih menyedihkan lagi, perut Ita mula mengalami ketumbuhan ketulan sebesar penumbuk tangan. Tidak tahan dengan kesengsaraan yang dihadapi olehnya, keluarga Ita membawanya semula ke hospital. Hasil pemeriksaan menunjukkan beliau tidak mengalami apa-apa penyakit juga.
“Menurut bomoh, anak saya mungkin terkena ilmu guna-guna dari orang lain yang mencemburuinya. Bagaimanpun, saya tidak mempercayai apa yang diperkatakan kerana bagi saya hanya kepada Yang Maha Kuasa sahaja tempat bergantung dan boleh menyembuhkan penyakit Ita,” kata ibu Ita lagi.
“Amat menyedihkan kerana walaupun Ita baru berusia 19 tahun tetapi dia kelihatan seperti nenek tua akibat penyakit yang dihadapi selama hampir dua tahun lepas,” tambah ibu Ita.
Untuk menanggung kos rawatan Ita, keluarga beliau sudah menghabiskan wang yang banyak sehingga modal untuk perniagaan pakaian dan ladang pusaka mereka turut tergadai. Bagaimanapun, penyakit Ita belum juga sembuh.
“Suaminya hanya sekali sahaja datang menjenguk Ita, itupun sekejap sahaja. Oleh kerana melihat keadaan isterinya yang tidak ubah seperti nenek tua, dia menghilang diri begitu sahaja,” kata ibu Ita.
Menurut cerita, Hendra dikatakan telah merebut Ita dari tangan orang lain. Ketika itu, Ita sudah bertunang dengan orang lain. Tanpa disangka Ita memilih untuk berkahwin dengan Hendra manakala semua wang perbelanjaan untuk tunangan telah dikembalikan kepada bekas tunangnya yang juga merupakan satu kampung dengan Ita.....













p/s : Ita tu..bukan shortform untuk RozIta Che Wan ye..harap
       maklum...huhu...XD


No comments: