Saturday 25 August 2012

Eid 2012



Assalamualaikum...



Walapun da masuk raya yang ke 7 ,  still nak ucapkan Salam Aidilfitri dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua muslimin dan muslimat yang sedang membaca perutusan raya saya ini..dan..dan... Fareadz Samani ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan silap salah saya. Ternyata itu adalah sesuatu yang amat tidak disengajakan dari saya yang serba kekurangan ini. Jika ada yang terguris dengan status fb , twitter ,ataupun dengan apa-apa coretan saya dalam blog sebelum ini harap bersabar dan maafkan saya ye....
Ceh..time mintak maaf dan dan je terus cakap 'Saya' ye , Manusia.....=P

Raya kali ni boleh tahan awesomenye.Tahun ni raya di Melaka dulu , Raya kedua baru beraya di tempat di mana aku di lahirkan iaitu di Teluk Intan , Perak.





Raya tahun ni satu family bertemakan kaler merah nak ke peach n pink.Tah..aku pun tak tau exactly colour dia. Yang tau pakai je baju yang telah di beli oleh Ibu .Rasanya baju ni beli dekat Butik Peace.Ha..apa lagi  Peace Boutique Collection ,bagi komisyen cepat aku da promote product ko XD.
Bdw... Thnx to ibu wat susah je carikkan baju sama kaler untuk family setiap tahun =D












Bila adik laki semua da sama tinggi...T_T



The siblings =)



Ibu & Abah =)



Satu Malaysia?Satu Najib? errrrrrrrr....XD



Alamak...kantoi nenek aku penyokong kuat Bang  Najib XD



Tepi kolam ikan nenek









Talk to my hand 



Odw to Perak . Raya kat teluk intan pulak.


Hobi ibu sekarang adalah mengesnap pictures.



Yeayy!  Da sampai rumah Opah ! Lol...



Opah/Atok blanje makan kfc . Yang paling seronok budak kecik ni.


Budak comel yang sedang mengcoverkan gigi rongak dia




Aku da nampak da masa depan dia ni...haha



Menara Condong Teluk Intan



Peaceee!!!



Open house with ex schoolmates. Semuanya study merata , UK, Mesir , UIA, UTP ,UTM, Uitm Shah Alam ?? Time hari raya camni bru dapat berkumpul & saling kutuk mengutuk =)


Sampai basah-basah! Haha



Hamik koo..satu family pakai baju kotak-kotak . Ko hadoo?? =P
( Gombak , Rumah paklong)











~ Happy reading and Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin , makan jangan  
   sampai kembung perut ye =D








Saturday 4 August 2012

Pernikahan semasa muda membawa kepada penceraian???




Assalamualaikum...



Lately ni kan..ramai pulak aku tengok golongan muda yang berkahwin awal. Ya..early twenty '20' dah kawin da. If that situation is happening only to the girls might be i can take it as natural revolution . Lol..natural revolution tu apa?!
Maksud aku natural revolution tu perubahan yang berlaku pada hormon setiap wanita yang maybe da sampai masanya keinginan nak bersuami tu amat kuat! Haha..sesuka hati je kan aku wat statement. Tapi..yang aku musykil tu..sekarang ni bukan hanya perempuan je yang tergedik-gedik nak kahwin awal,tapi lelaki pun sama je! Haish..aku tahu , memang bagus kahwin awal..dapat mengelakkan maksiat, dapat mengelakkan zina.' Wala taqrabu zina '(jangan dekati zina). Itu yang selalu kita dengarkan. Dan nabi kita pun ada cakap , Menikahlah , karena menikah itu boleh menjaga pandangan dan menjaga kemaluan”.So..memang bagus kalau kahwin awal. It's possible bagi sesiapa yang memang da betul-betul ready pada zahir dan batin. Batin bukannya just focus tuk nafsu tu je ,tapi harus juga pada kesabaran dan lain-lain.Ni tak..kita tak khatam lagi level yang paling high dalam kesabaran tapi da gatai nak menikah nohh...And there's a difference between marriage and weddings.Many people want to get married to experience weddings, and I dont blame them.A once in a lifetime experience of being a princess for a day, showered with gifts, gathered by happy friends and family members. Being in the limelight while a slideshow or video show revealing the story of how both of them met, from start to end.
This is just my opinion alone and no one elses. Marriages are just to announce the world that you are legitimately married. Nothing else. All the grand splendour of organising such massive and utterly glorious events will eventually lead to riya'.
Whats worse is that if the wedding ceremony is used to promote a company or brand. Thats just disgusting.Fact is, theres more to it than just A WEDDING. Marriage life is a big responsibility, and what use of a grand wedding is when divorce cases are increasing, alarmingly. Very alarmingly...
Bawah ni ada cerita hasil perkongsian dari rakan se UIA dengan aku.Renung-renungkan..=) 



Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.



Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."
Semalam,Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"
Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.
Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik-baik...


                             


Diana Danielle..knape u lebih rela memberi cintamu kepada FARID KAMIL daripada memilih FARID SAMANI untuk dijadikan teman hidup?..Apa lebih nya dia daripada i?....=(


Sweet couple..semoga berbahagia ke anak cucu =)










Happy reading and have a nice day.