Thursday 15 August 2013

Al Fatihah....




Assalamualaikum...



Maaf kerana lama mendiamkan diri daripada menulis dalam blog yang tahpape ini yang ternyata hanya menjadi tempat untuk membuang masa & perasaan yang tak pernah habis membasahi jiwaa nurani..cewah....Sebelum itu aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua muslimin dan musliman semua...Maafkanlah daku andai kata ada terkasar bahasa mahupun menguris jiwa bagi sesiapa yang mengenali diriku ini tidak kira di dalam mahupun di luar laman sensawang ini...Maaf.....

Walaupun sudah masuk hari ke 7 kita beraya..aku berharap ucapan raya ku ini tidak terlewat kerana kita masih dalam mood beraya lagi kan? Kepada anda semua sambutlah Syawal ini dengan penuh bahagia disamping family korang semua..Hargai saat bersama-sama..jangan gaduh-gaduh sangat..Sebab bila ada antara family anda yang sudah tiada menghadap Illahi..anda pasti akan rasa akan kehilangannya dan nikmat raya itu pasti tidak akan sama dengan yang sebelum ini..

Begitu juga dengan diriku...Seminggu sebelum raya iaitu pada 1 Ogos 2013 , paklong ku meninggalkan dunia ini secara mengejut,because of the Heart Attack. Memang terkejut sangat sebab arwah pergi mengejut macam tu sahaja..Bagaikan dalam mimpi selepas subuh ramadhan yang ke 23 pintu bilik diketuk oleh adik perempuanku dan memberitahu ' Bang cepat siap Paklong dah meninggal...'..Terus aku bangun dan bersiap-siap untuk pulang ke Ipoh pada pagi itu juga....

Hari ini genaplah dua minggu arwah Bong iaitu arwah Pak long ku meninggalkan dunia yg fana ini..Slama 14 hari ini juga fikiran kami sekeluarga masih terawang-awang mengingati & mengimbas kembali kenangan kami bersamanya…Masih segar lagi di fikiranku di mana aku sendiri berada di dalam liang lahad arwah menyambut mayatnya dan mengambus tanah hingga arwah hilang daripada pandangan mataku bersama air mata jantanku mengalir terus menitis tanah perkuburan Islam itu...

Ya..walaupun aku ini hanya merupakan ank buah arwah, tetapi kami sekeluarga telah menganggap beliau sbagai bapa kami satu keluarga besar ini..Mungkin kerana arwah merupakan seorang insan yang baik hati dan penyayang dengan anak-anak buahnya terutama sekali anak-anak buahnya yg masih kecil. Arwah Bong juga yg membuat kami sekeluarga tak pernah kering gusi dengan usikan dan lawaknya saban hari...Raya tahun ini merupakan raya yang paling sedih & hambar bagi kami sekeluarga. Walau dengan cara apa sekali pun dibuat tetapi dalam pelusuk hati kami tetap mengingati akn kehilangan arwah..Senyuman terukir di wajah tetapi hati tetap pilu sebak mengenangkannya tanpa noktah....

Ya Allah ya Tuhanku..Tabahkanlah hati hambamu ini..tambahkanlah hati seluruh keluargaku terutama sekali Opah ku yg masih sedih memikirkan ttg kehilangan satu-satunya anak lelaki beliau..Tabahkanlah..Tak sanggup diriku melihat dirinya terus terseksa dgn kehilangan anaknya itu…Sesungguhnya kami tahu bahawa Arwah Bong dijemput dahulu kerana lebih disayangi oleh mu ya Allah… Semoga roh arwah tenang di sana & di tempatkan dikalangan orang-orang mu yg terpilih….

Al fatihah…… 






























~Thanx for reading this entry..Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin...


















Oh hawa...





Nampaknya semakin bertambah golongan kaum hawa kita yang menganggap soal 'Maruah Diri' lebih murah daripada harga bayaran yang dikenakan untuk memasuki Tandas Terminal 1...Selepas adegan ataupun peristiwa  Budak Couple Seminggu beberapa minggu lepas, kali ini terjadi lagi.. Header di laman facebooknya menunjukkan wajah kedua Ibu & Bapanya tetapi tak sanggup pula daku mengaibkan mereka di atas perbuatan anaknnya ini..So..jangan ditanya lagi pic siapa yang aku blurkan itu....

Kepada kaum hawa di luar sana..ku mohon..fikirlah..renungkanlah dahulu sejenak hanya untuk beberapa saat sebelum anda membuat keputusan mahupun solusi melakukan sesuatu..bukanlah hanya untuk kepentingan diri sendiri..tetapi juga untuk orang yang tersayang.....


















~Thanx for Reading & Have a nice day..