Monday, 30 January 2012

Oh Papa John's...First and the last









Citer nie dah berzaman punya citer...Baru teringat nak citer lepas tengok gambar - gambar lam folder ni..
Maybe masa tu pun tengah busy ngan study.


Few months ago , my friend and of course me had a dinner together at Papa John's restaurant that is located inside the Jaya Jusco Wangsamaju. We planned to try the pizza . Actually my friend had try it before and she said to me the pizza was quite good and nice.
So..tuan puya badan nie pun terpengaruh ler mengedik nak try pizza kat situ tapi........tetapi........aku berjanji pada diriku ini yang that was the first and the last time i will eat Papa Johns punya product! ever and ever! Serius!


U know why???
Sebab servis sangat-sangat teruk + makanan  TAK sedap + makanan sejuk + pizza yang boleh lah  tp still TAK sedap + waiter dia bapok!! -_-


Servis teruk sebab i think for 3 times the waiter came and asked us nak order air apa.
Mula-mula kalau ikot menu ada 4 choices of air by following the set. Ada orange juice ,coke , mirinda and 100plus..we asked for the orange juice. 
Lepas tu waiter tu dtg cakap orange jus tiada . 
Then kitaorg minta coke...
Dia datang lagi cakap coke habis . Aghhhhhhh..sabar..
Minta mirinda , dia cakap mirinda pun habis..What the fish , at last terpaksa ler ambik 100plus...
We end all the drinks part here walaupun bengang.


Disangka hujan panas ditengah hari tetapi ada petir di tengah malam
 (tungang langgang peribahasa aku XD )
Selepas pasal minuman , pasal makanan lak..Pizza sampai dah la lambat then tak bape nak panas . Roti yang dia bagi pun rasa nya kalau pukul concrete dinding tu pun boleh retak . 
Errr....sedih nye....yang paling tak boleh bla dia boleh bagi satu cili jeruk hijau besa .Sekali dengan tangkai tu...Bila tanya macam mana nak makan , muka dia pun macam tak sure...Damnn...












Dinner kitaorang yang totally harga dekat RM40...mahal tak







Muka tak puas hati .....











Sunday, 29 January 2012

Gadis berusia 19 tahun bertukar wajah menjadi nenek tua...(Tak tipu)




Cerita ni serius memberi keinsafan . Betul lah orang putih cakap 

"People are like grass , their beauty is like a flower in the field. The grass withers and the flower fades.....

Ha..maknanya the beauty is not forever . Nanti sampai pada masanya kecantikan and kehenseman seseorang tu akan hilang juga..kecuali lah kalau dia g wat plastic surgery kat Thailand..eh,boleh ke? aku pun hentam je...XD

Okay...continue reading this true story.....






Seorang gadis berumur 19 tahun terpaksa menerima kenyataan apabila wajahnya berubah menjadi nenek tua selepas menghidap penyakit yang tidak diketahui puncanya. Gadis yang dikenali Ita Susilawati dan berasal dari Pulau Bandring, Kabupaten Asahan bukan sahaja menderita akibat perubahan wajahnya tetapi juga ketumbuhan ketulan besar di perutnya.
Difahamkan, gadis itu sebelum ini menjadi rebutan di kalangan lelaki di kampungnya.
Punca utama yang menyebabkan perubahan wajahnya masih belum diketahui. Sebelum ini, keluarganya sudah berusaha sedaya upaya untuk menyembuhkan penyakit itu dengan berjumpa ramai doktor pakar, tabib dan bomoh namun usahamereka tidak berjaya. Lebih malang lagi, Ita ditinggalkan oleh suaminya disebabkan penyakit itu.
Ita merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik, iaitu hasil perkongsian di antara Dur Rahman (50) dan Ramlia (44). Beliau dilahirkan dalam keadaan normal dan digelar sebagai kembang desa Suka Damai kerana kecantikannya yang menjadikan beliau rebutan di kalangan lelaki. Ketika Ita berusia 17 tahun, beliau telah berkahwin dengan Hendra Efendi (23), suami yang meninggalkannya dan seorang berbangsa Binjai.
Dalam sesi temubual dengan METRO, Ita telah menceritakan kronologi penyakit yang dialaminya dan bagaimana penyakit tersebut mula timbul selepas berkahwin dengan Hendra. Menurut Ita, selama 3 bulan pertama selepas berkahwin, hidup mereka bahagia dan tiada masalah. Masalah itu hanya mula timbul selepas Hendra telah kembali ke kampungnya di Binjai untuk mencari pekerjaan.
Selama 3 bulan ditinggalkan suaminya, iaitu pada awal 2008, Ita mula bermimpi perkara yang menakutkan seperti dikejar ular besar dan hitam. Dalam mimpinya, ular tersebut tidak sempat mematuknya kerana beliau sempat melarikan diri
Walaupun Ita mengalami mimpi yang menakutkan itu, beliau tidak memperdulikannya kerana hanya menganggap mimpi itu sebagai mainan tidur. Tiga hari kemudian, Ita mula mengalami rasa panas dan pedih pada tengkuknya iaitu seolah-olah telah dipukul kuat. Menurutnya, terdapat kesan tapak tangan berwarna merah yang kelihatan di bahagian tengkuknya yang sakit.
Tidak lama selepas itu, bintik-bintik merah mula timbul di kedua tangan dan kakinya manakala dada beliau mula mereput. “Saya seolah-olah sedang direbus dalam air mendidih,” kata Ita. Oleh kerana keadaan Ita yang semakin teruk, beliau telah di bawah ke klinik oleh ibubapanya yang terletak di Kartini Kisaran. Di situ, Ita ditahan selama enam bulan untuk rawatan berterusan.










Walaupun Ita sudah menjalani rawatan selama 6 bulan namun penyakitnya belum sembuh juga. Ini menyebabkan keluarga semakin hairan kerana menurut doktor, tiada penyakit yang dikesan dalam tubuh badan Ita.
Selepas itu, Ita telah dibenarkan pulang oleh doktor. Beberapa hari kemudian, beliau telah dibawa ke hospital umum Adam Malik dan Pirngadi Medan. Di sana, Ita dirawat oleh beberapa doktor pakar. Bagaimanapun, tiada sebarang penyakit yang dikesan.
“Oleh kerana tiada penyakit yang dikesan dalam badan Ita, saya membawa dia kembali ke kampung. Suaminya pula belum balik lagi selepas berhijrah. Di rumah, penyakit Ita semakin teruk, kedua belah matanya membengkak manakala bahagian atas kulit matanya mula tertutup. Bahagian bawah kulit mata Ita pula membengkak dan mereput,” kata ibu Ita.
Lebih menyedihkan lagi, perut Ita mula mengalami ketumbuhan ketulan sebesar penumbuk tangan. Tidak tahan dengan kesengsaraan yang dihadapi olehnya, keluarga Ita membawanya semula ke hospital. Hasil pemeriksaan menunjukkan beliau tidak mengalami apa-apa penyakit juga.
“Menurut bomoh, anak saya mungkin terkena ilmu guna-guna dari orang lain yang mencemburuinya. Bagaimanpun, saya tidak mempercayai apa yang diperkatakan kerana bagi saya hanya kepada Yang Maha Kuasa sahaja tempat bergantung dan boleh menyembuhkan penyakit Ita,” kata ibu Ita lagi.
“Amat menyedihkan kerana walaupun Ita baru berusia 19 tahun tetapi dia kelihatan seperti nenek tua akibat penyakit yang dihadapi selama hampir dua tahun lepas,” tambah ibu Ita.
Untuk menanggung kos rawatan Ita, keluarga beliau sudah menghabiskan wang yang banyak sehingga modal untuk perniagaan pakaian dan ladang pusaka mereka turut tergadai. Bagaimanapun, penyakit Ita belum juga sembuh.
“Suaminya hanya sekali sahaja datang menjenguk Ita, itupun sekejap sahaja. Oleh kerana melihat keadaan isterinya yang tidak ubah seperti nenek tua, dia menghilang diri begitu sahaja,” kata ibu Ita.
Menurut cerita, Hendra dikatakan telah merebut Ita dari tangan orang lain. Ketika itu, Ita sudah bertunang dengan orang lain. Tanpa disangka Ita memilih untuk berkahwin dengan Hendra manakala semua wang perbelanjaan untuk tunangan telah dikembalikan kepada bekas tunangnya yang juga merupakan satu kampung dengan Ita.....













p/s : Ita tu..bukan shortform untuk RozIta Che Wan ye..harap
       maklum...huhu...XD


Friday, 27 January 2012

Kampung Baru





Few days ago ,  the family  celebrate Gong Xi Fa Chai together at Kuala Lumpur..
Apa..ingt Cina je ley celebrate? 
Original Plan nak g uptown kl danau kota gombak , tp tak tahu pula pergi-pergi je kosong.
Seriously first time tengok Uptown kl tutup. Tapi takpelah..maybe bukan rezeki nak pergi..so..just jalan-jalan area KL .
Then we checked in new shopping complex yang baru siap di gombak . Festival City Mall at Setapak is one of the new building shopping complex in KL yang baru je siap beberapa bulan lepas . Seriously again yang ak tak expect the building ,inside of the building so cool . Kedai-kedai dalam mall tu pun banyak . I think the Festival City Mall is much more better now than Wangsawalk . Got , MBO Chicken Rice Shop, Kenny Rogers, Secret Recipe, Subway there and also Butik Al ikhsan. Best....

















Lepas tu lunch kat kampung baru. Tambah kan lemak-lemak yang sedia ada =)






Kailan ikan masin + Udang goreng tepung tempora



Tomyam campur + Sup Sayur




Ikan siakap masak 3 rasa + masak stim ^^



Sambal belacan harus ada =)


Muka paling happy jumpa makanan tu...yang pakai tudung hitam tuuu..hehe



With my beloved adik =)








Conclusionnyee...Family is my life....Bye =)






Wednesday, 25 January 2012

Mengapa lelaki menangis???









Too many reasons why men in this world crying. But usually men will only cry for a thing that really change their lives. Especially when they loss of their love..... like parents died. Nevertheless, there is nothing crying only for its own sake something about material or property just because in their minds only think about  masculinity. Lagipun kan sangat hodoh and buruk bebenor kalau lelaki menangis.. Muka dahlah bermisai, berjanggut, sekali menangis dengan mulut menggulupur sambil hentak-hentak kaki kat lantai, kan tak manis dipandang….ecehh…




Sebab-sebab lelaki ley keluar air mata jantannya…







1. Ketika seorang lelaki bergelar ayah. Melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai sudah pasti meninggalkan kanangan manis didalam hati sehingga air mata gumbira mengalir. 








2. Kematian orang yang dicintai. Memang lelaki tak berniat untuk menangis, tetapi rohnya terlalu sedih sehinggakan jasad tak mampu menahan untuk menangis...(wohhh..ayatt....^^)






3. Kematian haiwan kesayangan kesayangan anda dan kebiasaannya apabila kucing si dia mati.








4. Apabila seorang lelaki berjaya melamar untuk mengahwini gadis idaman yang selama ini dia bersusah payah untuk menawan hati si dia.








5. Pada hari pernikahan selepas disahkan oleh tuk kadi sang adam dan hawa telah disahkan menjadi suami isteri.






6. Ketika seorang lelaki berjaya membeli kereta pertamanya menggunakan duitnya sendiri. Jika tidak menangis sewaktu membeli, mungkin akan menangis apabila menjualnya atau pun bila kena rembat (dicuri)








7. Apabila dia gagal untuk menjadi seorang lelaki yang diharapkan keluarganya, seorang suami yang diharapkan isterinya dan seorang ayah kepada anak-anaknya.




Last one...







8. Fakta paling latest...lelaki juga mampu menangis lepas layan Gemersik Kalbu kat tv3 pukul 7pm sampai 8pm. XD








Happy Reading this entry =) 






Friday, 20 January 2012

Tips-tips penting membeli kereta .




Kereta adalah satu keperluan pada masa kini. As we can see most of the people in Malaysia might be at least one car in their house . Some have more than one car at home. On average, Malaysians are now able to buy the car..if diorang bekerja ler.
Adalah yang memilih kereta sebagai kenderaan untuk mencari rezeki. Ada pula yang lebih selesa menggunakan kereta hanya untuk bercuti dan bersiar-siar bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada pulak yang kaki kereta. Beli kereta hanya kerana minat dan sanggup berhabis duit kerana kereta.

Beberapa tips boleh diambil sebelum membeli kereta .

1) Beli kereta pada tahap kemampuan

Beli kereta pada tahap kemampuan kewangan anda. Ikut kemampuan kewangan anda . Jangan ikut orang lain. Sebab, korang yang membayar duit ansuran kereta pada pihak bank. Bukan kawan-kawan  atau keluarga . Sudah pasti beban itu pada diri korang juga. Bukan pada orang lain.



2) Berbelanja untuk kereta hanya 1/3 daripada gaji.
Ia akan menjadi beban kelak. Ini termasuk duit ansuran bulanan, duit minyak dan bersedia untuk segala kemungkinan yang akan berlaku pada kereta. Buat perancangan kewangan sebaik-baiknya sebelum membeli kereta.



3) Jangan hanya berfikir mampu untuk membayar deposit


Fikirkan kemampuan kewangan korang gak untuk menampung perbelanjaan bulanan pada kereta. Sebabnya, bukan korang berkomitmen hanya dengan kereta. Pasti ada perkara-perkara lain yang perlu di bayar pada setiap bulan. Mungkin perkara lain yang lebih penting.







4) Jangan ambil mudah


Jangan ambil ringan soal pinjaman kereta. Ambil tempoh pinjaman yang paling singkat. Contohnya 5 tahun. Ha…Lihat kiraan di bawah :

a) Jika Pinjaman kereta  RM45000 dengan interetest 3% setahun. Then korang memilih tempoh pinjaman 5 tahun. Bermakna jumlah pinjaman korang menjadi RM51750. (RM45000 – pinjaman + RM6750 Interest). Jumlah bayaran bulanan : RM862.50

b) Jika Pinjaman kereta anda RM45000 dengan interetest 3% setahun. Korang memilih tempoh pinjaman 9 tahun. Bermakna jumlah pinjaman korang menjadi RM57750. (RM45000 – pinjaman + RM12150 Interest). Jumlah bayaran bulanan : RM529.17

Sememangnya pilihan b akan membuka mata korang kan. Nilai bulanan bmemang murah. Tetapi beban interest terlalu tinggi. Bukan setakat beban interest. Tetapi beban untuk menempuh bayaran bulanan selama 9 tahun. WALAWEHH lamanya. Perlu di ingat, harga kereta ada susut nilainya. Berbanding dengan rumah, sedikit sebanyak mesti ada tambah nilainya selepas 5 atau 6 tahun akan datang.

5)  Minyak kereta


Kena jugak ambil kira aspek penjimatan minyak kereta. Belilah kereta yang jimat minyak. Lebih jimat penggunaan minyak sepanjang bulan, lebih banyak duit poket yang korang  boleh simpan. Jangan gopoh membeli kereta yang mewah and best, sedangkan korang terseksa dek melayan bebanan duit minyak kereta setiap bulan.


6) Jangan caya sangat


 Jangan terperdaya dengan pujukan rayu penjual kereta. Ambil sedikit masa melakukan survey sebelum korang decide membeli dan membuat pinjaman kereta. Tak perlu gopoh dan ikut kehendak nafsu. Fikirkan perkara 1-5 sebaik-baik mungkin sebelum membeli kereta.







Hopefully  tips-tips ini dapat membantu korang sedikit sebanyak sebelum  membeli kereta..
















Happy Reading this entry =) 

p/s : Viva Elite lagi best daripada Saga FL ! XD



Thursday, 19 January 2012

Tips- tips memperoleh rambut sihat seperti rambut Kilafairy







For me , hair is one of the important elements that can give someone a perfect image and high confidence . With variety of style like style of cutting and the way u comb your hair sometimes can harm your hair.Yupp...seriously.......serius lerr…baru baca tadi ler…ahaax!

Okay..ni ada tips- tips untuk bagi rambut sihat macam rambut Kilafairy















 1.        Memilih sikat yang bergigi luas


Sikat merupakan alat yang asas bagi setiap orang untuk menyikat rambut agar rambut kelihatan kemas. Selain fungsi yang paling asas ini, sikat juga berfungsi untuk membentukkan pelbagai jenis gaya fesyen rambut. Oleh itu, sikat merupakan alat yang paling rapat dengan rambut. Dengan ini kita dapat melihat kepentingan memilih sikat yang sesuai agar rambut dapat dipelihara semasa seseorang mendandankan rambut mereka. Sikat yang berlapis teflon dan mempunyai gigi yang luas adalah dicadangkan bagi tujuan tersebut kerana gigi yang luas dapat mengurangkan kerosakan yang akan terjadi semasa gigi sikat melalui rambut kita. 









     


                                 



2.        Memilih berus yang mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi



Alat yang kedua yang sentiasa menjadi pilihan oleh orang ramai untuk mendandankan rambut adalah berus. Justeru, memilih berus yang sesuai juga adalah penting sekali untuk menjaminkan kesihatan rambut. Berus sentiasa digunakan untuk mengeringkan rambut tanpa mengira rambut yang lurus atau kerinting. Bagi tujuan mengurangkan geseran antara gigi berus dan rambut maka jenis reka bentuk berus yang dikenali sebagai blow-drying brush adalah digalakkan. Hal ini kerana berus tersebut mempunyai ruang yang mencukupi antara gigi pada berus tersebut. Di samping itu, terdapat juga lubang pada papan berus agar angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut dapat dilepaskan. Berus jenis ini mempunyai bentuk  bulat pada hujung gigi yang dapat mengurangkan geseran antara rambut dan gigi berus malahan reka bentuk sebegini juga dapat melindungi kulit kepala daripada cedera







                    

                








         3.         Mengelakkan menyikat rambut semasa rambut basah



       Rambut adalah lebih lemah pada masa basah berbanding dengan semasa          
       kering. Oleh itu, rambut adalah lebih mudah patah atau putus semasa 
       basah sekiranya dibandingkan dengan keadaan kering. Memandangkan 
       keadaan menghadapi rambut yang basah merupakan keadaan yang tidak 
       dapat dielakkan oleh setiap orang maka cara yang digalakkan untuk 
       mengemaskan rambut semasa dalam keadaan basah adalah menyikat 
       dengan jari sendiri. Walaubagaimanapun cara memelihara yang paling 
       digalakkan adalah menyikat rambut pada keadaan yang kering atau    
       hampir kering. Kelakuan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan    
       kerosakan yang akan terjadi.








4.         Membiarkan rambut kering secara semula jadi dan elak penggunaan pengering rambut 


Seperti yang diterangkan di atas, rambut adalah lemah pada keadaan panas maka menggunakan pengering rambut akan merosakkan rambut dengan lebih mudah. Angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut kita maka rambut kita akan menjadi rapuh dan mudah putus. Sekiranya penggunaan pengering rambut adalah sangat diperlukan maka pengguna harus menjarakkan pengering rambut sekuarang-kurangnya 12 inci daripada rambut sendiri. Selain itu, suhu angin panas tersebut harus dimulakan pada suhu yang rendah dan meningkat secara perlahan-lahan. Tambahan lagi, suhu yang terlalu tinggi adalah tidak digalakkan untuk mengenakan terhadap rambut agar tahap kerosakan dapat dikurangkan.







                             






























Sorry tetiba update pasal penjagaan rambut..


Yelerrr..rambut kita kan da semakin panjang kan...before ni tak kesah pun kalau tak sikat rambut or tak syampu sebab rambut pendek kan,kan kan kan kannnnn.... ecehhh..menyampah! ... XD 
















Ini adalah gambar hiasan semata-mata ya...^__^





Bye!