Wednesday, 13 November 2013

Life & Cat




Assalamualaikum....






Perghhhhhhh..lama giler tak update bai..hahak..almost 3 months kan?? Tak tahu ler nape bila nak update je rasa malas + kesibukan dengan kuliyyah & projek yang berlambak-lambak untuk sem ni mengokong aku untuk mengupdate blog yang 'terkenal' ini..Terkenal? Fuuuu....jangan duk berangan lah nak terkenal da dekat 2 tahun  setengah aku memblogging sensorang tapi belum lagi ler nampaknya nak terkenal macam blog Serius ke,blog Ben Ashaari ke, blog kak Maria ke , blog Madu Kayuki kee...hehee....


Okay lah..memang life tersangatlah hectic sem ni..Tido pukul 4 pagi bangun pukul 8 pagi..pukul 9 da kena present project work depan prof..Masa tengah present kena hentam banyak tak betul..ahh..this is life man...Tapi orang kata masa study ni kira enjoy sikit daripada kerja..Hm..ya..betul jugak tu..sebab dulu masa aku pernah kerja dekat firm arkitek tu kira exhausted jugak lah sebab pagi-pagi da kena mengadap desktop buat plan sampai lah petang..Kalau buat OT sampai malam..Fuhh..macam takde life je , macam takde life je macam tu..

Kalau masa study petang-petang boleh lagi nak jogging ke or lepak makan Cendol Wahab dekat wangsamaju tu ke..Kalau da kerja,balik je mesti energy da takde nak pergi memana + memikirkan besok kena sambung buat kerja yang sama di office lagi..mana ada mood nak makan cendol?!



Oleh kerana aku update entry ni pagi-pagi so nak ceciter apa masalah aku dengan 'kucing' yang sememangnya banyak berkeliaran di UIA ni..Actually takde masalah pun dengan diorang cuma pagi tadi lepas je bangun dari tido awal pagi(pukul 9pagi) ceh awal lah sangat, tetiba niat di hati nak minum nescafe... 

Nak suruh bini tersayang buatkan baru teringat yang aku tak kawin lagi so dengan langkah yang sememangnya pemalas pergi lah ambik cawan dengan sudu pergi dekat Water Cooler/Water Heater dekat dengan bilik ni...









Yeaa..inilah minuman ku setiap pagi u know..Kalau minum benda ni terasa hebat penuh kejantanan dan kelakian gitu....AAAliaa Aaliii ali cafe!! Kuat!


Tetapi...malangnyaa...bila sampai jee kat Water Cooler/Water Heater ni tiba-tiba ternampak satu makhluk comel ni sedang seronok landing betul atas Water cooler ni!....Wahwahhh!












Hemm..berdiri jap seminit pikir nak gerak ke tak dia ni...Kang gerak kecian pulak tengah syok tido tetiba kacau..gerak ke tak gerak ke tak..da lah siap berdengkur lagi..ish ish..tapi kalau tak gerak mana nak dapat air panas!
And then aku teringat satu story pasal Rasulluwah kita dulu....Cerita dia macam ni..



Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama 'Mueeza'.


Suatu ketika, dikala Rasulullah hendak mengambil jubahnya, Rasulullah melihat Mueeza sedang syok tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Rasulullah pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Rasulullah kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya...Sebagai balasan, Rasulullah menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.



....................................................................................................................



So..conclusionnya aku pun cancel ambik air dekat water heater tu dan pergi jerang air sendiri..Nak pekena Ali Cafe punya pasal..=,)








Thanx for Reading & Have a nice day.












~Tetiba teringat Bryan 'kucing family kat rumah'..Da bangun tido ke belum dia tu..

























2 comments:

Arya Estinengtyas said...

sgt beruntung sang meow dapat terus beradu :) salute :)

Esah said...

Hahahahah!! Comel je tido kat atas tmpt air tu..