Monday 17 June 2013

Oh Purdah..





Assalamualaikum....









Korang mesti ada members mahupun family sendiri yang mempunyai penampilan diri dengan ber purdah , niqab atau nama lain selain daripada yang aku sebutkan ni. Bagi yang noob tak tahu apa itu purdah..mari saya terangkan daripada segi Istilah & Bahasanya..


       Orait... dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. In other words, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja. Ada yang memanggilnya Purdah, ada yg panggil niqab ada juga golongan yang memanggil Ninja...lol...


      Tujuan entry ini bukanlah untuk explain apa itu purdah mahupun niqab semata-mata sebab korang pun boleh google sendiri kan..tetapi aku hanya ingin sampaikan apa opinion aku pada golongan yang telah berpundah , yang odw mahu berpundah ataupun yang tak nak and tak terfikirpun nak berpurdah.













       Ya..lately ni memang banyak rakan-rakan sekuliah mahupun rakan-rakan di laman sosial facebook/twitter yang telah memakai purdah. Bagi rakan-rakan di Universiti, rasanya itu telah menjadi perkara biasa maybe sebab terletaknya nama Universiti Islam Antarabangsa itu sendiri sebagai background tempat kami belajar. For foreigner , memang ramai di universiti kami yang berpurdah .Tetapi bagi golongan melayu itu memang ternyata kurang daripada foreigner. Yelahh...xkan lak perempuan melayu lagi banyak pakai purdah daripada perempuan arab kan? so...majoriti fareigner yang memakai niqab dalam universiti kami iaitu di UIAM.


          Bagi rakan-rakan melayu ada yang ternyata berpurdah sejak mereka register first year mahupun di asasi level (foundation studies) lagi di matrik. Ada jugak yang bila da belajar sini beberapa lama kemudian membuat keputusan untuk berpurdah..Dan golongan itu semakin meningkat dan dalam hati ini kagum kerana semakin bertambah rakan ku yang mahu memakai niqab..Ada jugak yang bila time menikah, kahwin mahupun ketika di atas pelamin pengantinnya berpurdah. Ada jugak yang sememangnya pada realiti kehidupan mereka ada yang tidak bertudung(free hair) tetapi bila time macam tu pakai purdah..Apa perasaan dan pendapat bagi perempuan yang sememangnya berpurdah melihat meraka-mereka ini berpurdah hanya semasa berkahwin mahupun ketika diijab kabulkan? 


Tapi, terdetik jugak dalam hati beta ini dengan pelbagai soalan..


1. Kenapa tiba-tiba je berpurdah?

2. Kenapa pakai purdah?


3. Motif and point anda pakai purdah
?


4. Ikut trend dalam drama ke?


5. Eh perangai macam syaiton tup-tup sekarang berpurdah lak? (bukan semua)

        

    Sori if ada yang bengang & ada masalah dengan soalan aku nombor 5 tu. Apa yang menyebabkan aku cakap macam tu sebab ada seorang kawan sekelas aku ini yang mana aku takde lah rapat and kenal-kenal macam tu je..Tapi aku tahu perangai and attitued berdasarkan penampilan & perwatakan dia..Nauzubillah babee.. Ya..i know,we  can't simply judge people , tapi orang bijak pandai ada berkata..With every single words yang keluar dari mulut seseorang itu kita dah boleh gambarkan tentang diri dia. Then aku pun bersangka baiklah kot after wearing the Niqab dia akan jadi lebih baik tapi.............








       So..funtion apakah yang anda dapat bila tambah satu lagi accesories dekat pakaian anda tuuu..It's a same thing dengan perempuan yang berhijab mahupun bertudung. Kalau pada golongan yang Free Hair tu pasti akan cakap, pakai je tudung tapi perangai macam Nakharomz so baik tak payah pakai tudung. Tapi at least orang yang bertudung kalau buat perkara nakharomz akan masuk neraka tetapi orang yang tak bertudung mahupun Free Hair gitu tetap akan masuk ke neraka walapun perkara nakharomz tu beliau tak buat! Tetapi jangan anda samakan dengan Purdah. Pada sesape yang memakai purdah tetapi still buat perkara nakharomz tu akan mendatangkan aib yang lebih lagi pada dia padahal tujuan sebenar memakai niqab adalah untuk dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling.




Mazhab mana ni...T_T







Okay..aku da membebel panjang lak..Ini ada sedikit share dari rakan seperjuangan aku dengan Syeikh Guru Halaqahnya baru-baru ini..Bagi 3 golongan yang disebutkan tadi iaitu 1st , golongan yang telah berpurdah , 2nd ,yang odw mahu berpurdah , 3rd, yang tak nak and tak terfikirpun nak berpurdah. Golongan 1 & 2 harus focus apa yang Syeikh ni katakan...golongan nombor 3 tu boleh ikut wa g layan movie 'Man of Steel' jap lagi..haha..ohh..bukan muhrimm..haramzz...Assalamm =)







Sekadar gambar hiasan


    


"Purdahkan hati sebelum menyarung purdah ke muka"-al Syeikh-


Dengan maksud, hati yang berpurdah, iaitu yang mempunyai hijab daripada niat-niat yang mazmumah lebih baik daripada wajah yang mempunyai hijab.

FAHAMKAN. Hati yang mempunyai hijab namun tiada hijab pada wajahnya ADALAH LEBIH BAIK daripada wajah yang berhijab NAMUN hatinya tidak berhijab.






Tidak berhijab HATI:

- Inginkan perhatian daripada insan tidak selayaknya


- Berasa lebih "solehah" dengan memakainya. 


- Membandingkan diri dengan orang lain dengan melebihkan diri


- Mudah dimasuki virus pemikiran atas keilmuan asas yang tidak matang


- semata-mata ikutan budaya untuk ke arah gaya Islamik










Purdah | Hijab Muka | Niqob









     
                                                    




















~ Thanx for reading & have a nice day















      

     

No comments: