Saturday 13 October 2012

DOA memohon dikembalikan barang yang dicuri





Assalamualaikum...



Lamanya wa ta update blog. Kehidupan masa kini adalah teramat bz. Projek work , assignment sana sini. Serius STRESS ayam.Baru-baru ni aku ada dapat projek baru di Condominum mewah iaitu Saffron Condo di Sentul. Gila aa tahap kemewahannya sampai nak masuk sana pun kena lepas dengan bape orang pakguard . Al maklumlah tempat tinggal orang-orang khayasss sampaikan visitor dari luar telah diberi amaran untuk mematuhi segala rules kat situ. Mengalahkan office menteri pulakkan.Tapi condo kaya pun bajet untuk renovation RM180 000 je..penat lah ak nak design bajet punya projek ni T_T

Tapi entry kali ni bukan lah nak citer pasal projek kediaman manusia-manusia khayass tu tapi untuk share satu doa yang berguna ni. Bukan apa..lately ni tahap kecurian di UIAM, lagi sekali UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia semakin menjadi-jadi!

Membe-membe aku ramai ada yang hilang laptop , duit , moto dan terbaru adalah kereta! Terukkan..sampaikan pakguard UIA dah ponek agaknya nak trima report dari students yang hilang barang.
Oleh itu , aku ingin share satu doa ni jika anda ada kehilangan apa-apa barang dan InsyaAllah jika di amalkan pecuri + perompak + pencopek tersebut aka merasa tak tenteram dan kepanasan..Wawahualam...




1. Baca surah al- hasyr mula ayat 18 sampai habis. niatkan nak jumpa barang balik.
kalau Allah izinkan dan memang rezeki kita, pencuri akan rasa panas punggung, menggelisah dan rasa bersalah.

2. Selawat tafrijiyyah baca 4 kali/ 44 kali/ 100 kali.










Nasihat dari Fareadz Samani kepada anda semua..

1.Janganlah baca dengan hati yang tamak. Ini hanyalah salah satu amalan untuk ikhtiar, bukan penawar atau satu cara 'definite' untuk dapatkan kembali barang yang hilang. Ini bukan magic atau wajib mujarab, ini IKHTIAR. yang memulangkannya ialah pemilik harta, nyawa kita, Allah.

Kalau tak dapat balik barang yang hilang tu, jangan bersedih over melarat-laratlak .InsyaAllah... Allah gantikan dengan yang baru,maybe lebih baik kan?Siapa tahu kuasa Allah . Ada hikmahnya....

2.Bacalah berapa kali nak baca pun . Ini bukan ubat doktor.. ambik lebih overdose lagi bagus

3. Haa..the only problem with us (sometimes including me)kadang-kadang baru susah je ingat Tuhan..so pleaze..lepas ni time susah ataupun senang ingat lah pada Dia di atas sana.. Rasanya doa paling mujarab dari hati yang ikhlas, kena pada adab dan cara, tak kisahlah dia baca simple dan biasa pun....





























Ni lah clutch pencil aku yang kena rembat masa aku 1st year di UIA .Sedih gilaa wehhh sebab yang hilang ni Brand Rotring ngan Faber Castell tu..dekat RM30 sebatang. Oleh kerana kehilangan pencil ni seminggu hilang mood nak melukis.Hahaha..hilang pencil pun nak kecoh =P











Thanx for Reading and Selamat Beramal.

















No comments: