Saturday, 18 February 2012

Arkitek seluar dalam?????




Weekend ni balik rumah lagi. As usual  duduk uia lama-lama pun buat apa .Buat pening kepala aje asyik mengadap Pak guard uia + dengan kerja yang menimbun banyak + submission project pun ada lagi seminggu..so..boleh lah relax jap tenangkan fikiran kat rumah.
Then , tengah hari tadi pergi kenduri kawin kawan sekolah dulu . Bukan dia yang kawin tapi akak dia .
But.. i am not interested to tell a story about the wedding..butttt about this picture bawah ni weh..yahhhhhh!










Architect of…………….














Lepas pergi kenduri singgah pasaraya Mydin Terminal 2. Sambil jalan-jalan terpasan this awesome jenama.
Selama hidup kat muka bumi ni ingatkan ada arkitek buat building and landscape jer...rupanya...ahaxx!.. =)







Bye

Monday, 13 February 2012

Love day? Yeke?







Besok 14 haribulankan? Bermakna valentine day kan? Ha....pada sapa-sapa yang bercouple tu mesti korang ada plan nak celebrate kan. bek ngaku cepat???? XD..Ish,ish,ish korang2...nape nak celebrate juga walaupun korang tahu benda tu salah...
Cakap macam aku ni baik sangat kan!..TUi!!!!...hahaha


Tapi pada sejujurnya, im honestly say yang pada zahirnya dulu aku pun pernah ler juga tersambut Valentine ngan ex gf aku dulu..tapi tu dulu da...zaman cinta-cinta beruk masa sekolah menengah dulu..kejahilan sikit..XD


Bdw , Alhamdulilah selepas itu aku tidak lagi sambut hari itu even my friends ramai je yang membuat surprise yang sangatlah romantik memberi hadiah pada pasangan kekasih mereka masing-masing . Masa tu ada juga lah aku memberi nasihat ,but..macam biasa lah..manusia...aku balik yang kena..tapi aku tak ambik port pun sebab aku ni pun bukan ler bagus sangat walaupun perangai aku dulu selalu tercatat dalam buku masalah disiplin..=)


Ha...kepada sapa-sapa yang still tak tahu..Valentine Day tu haram ye ...HARAM...

Ya..seriously...because In western countries, such as ours, there is a growing social and religious integration between the Muslims and the non-Muslims. Muslims, today, are fusing their Islamic culture with that of the Kuffar. This absorbance of cultures has been achieved to such an extent that some Muslims have even abandoned their very own pristine and pure culture. They are unable to differentiate between what is right and wrong.

Itu pasal ler banyak teenagers + golongan tua sekarang senang je percaya walaupun dah tahu benda tu da terang-terang salah...

Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:


"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''




Ini serba sedikit sejarah tentang sambutan Valentine Day. Sejarah Valentine meskipun mempunyai pelbagai versi, jelas ia dapat dikaitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine Day untuk memperingati kematian tragis seorang Paderi iaitu St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II (268-270M).


St. Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan ramai askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera. Dia juga adalah ikon kasih sayang yang diwujudkan oleh Pope Gelasius I (496M) untuk mendekatkan masyarakat Rom kepada agama Kristian melalui satu sambutan perayaan gereja. Ia juga bagi menyaingi perayaan Paganisme Romawi kuno iaitu iaitu Lupercalia (perayaan untuk 
Dewa Lupercius dengan mempersembahkan korban binatang). Apabila fakta ini sudah dibentangkan maka remaja Islam khususnya boleh membaca dan memahami mengapa Islam melarang sambutan Hari Kekasih. 


So..tepuk dada tanya iman korang mana satu yang korang nak pilih..still nak celebrate or not...=)









Bye







Pstttt~ To ex before ...err..sorry ler bukan tak nak sambut Valentine dulu,sebab..my luvp  not 
           only for just that day , but for everyday...ecehcehhhhh!!!...Tuiiii!!!! XD 


Friday, 10 February 2012

On Air Astro? apa kejadah nya..=)





Untuk pengetahuan teman-teman sekalian, last Saturday morning , lepas subuh lagi , diri ini dah berangkat ke Bukit Jalil mengedik mencuba nasib di auditionkan oleh Pak Nil (Aznil Haji Namawi) , Suhaimi , and Normala Samsudin in On Air program..,Yup,Yessssss..its On Air!


Ahaxxx! Kepada yang tak tahu apa itu On Air , ia adalah salah satu rancangan realiti terbitan astro yang terbaru di astro ria untuk memilih pengacara-pengacara television tak kesah lah sesiapa pun asal kan berbakat  .
7 lelaki dan 7 perempuan yang akan terpilih untuk ke peringkat akhir.
............


Pagi-pagi buta lagi da bergerak ke Bukit Jalil n  meet somebody...of course ler my fren , gerak skali ngan dia sebab kitaorg tak tau mana terletaknya bangunan astro tu..carik punya carik rupanya the building is located inside the Technology Park Collage (TPM) .... whattt!!,,,asal dalam tuuuuUU???!! with no signboard infront the TPM mengatakan astro punya office kat situ...menyusahkan orang betul lah astro nie...












Then masa nak park kereta dah nampak dah  ramai gilerr manusia beratur tuk dapat kan borang.
Unfortunately , sampai je depan pintu gate , polis-polis bantuan dah halau kitaorg .
Pihak pengurusan astro tu cakap borang da habis. Diorang just released 200 forms tuk sape yang datang subuh-subuh tadi .
Bayangkan kitaorang datang da sampai 8.30, mesti yang datang before nie lagi awal...gilaa aaaa...Semuanya nak famous kauuu jahh....
Then akak pengurus astro tu cakap suh datang pukul 11 pagi pula kalau nak borang ataupun datang besok jeeerr...terpaksa ler tunggu lg 2 jam. -__-




Alhamdulilah selepas bersabar dan beristifar,mengucap banyak-banyak ,masa datang pukul 11 tu dapat juga form/borang selepas memotong Q orang ramai yang telah membuat line up  .
Jahat gila kan....tp we have too sebab yang datang sangat ramai..i think more than thousand people yang datang..berhimpit-himpit!
Then,baru lah kitaorang dapat melepasi gate astro yang sebesar-besar tu masuk ke dalam and prepared the task that have been given by Aznil to us...


Dalam form  tu dia ada bagi few task .
We have to choose, either one ,which task that we will present to them..






Antara task-task berikut adalah seperti di bawah.




1. Sebagai pengulas sukan yang berpengalaman , sila mengulas tentang  
    kekalahan permainan bola sepak
    Malaysia dengan pasukan Jepun sebelum ini.




2. Anda adalah pengacara sebuah konsert yang dihadiri beribu-ribu penonton 




3 . SEBAGAI PENGACARA PROGRAM REMAJA , CERITAKAN TENTANG HAL-  
     HAL YANG BERLAKU DAN TREND DALAM KEHIDUPAN REMAJA TERKINI.




4. Anda adalah pengacara yang membawa penonton ke suatu destinasi   
    pelancongan .




5. Anda adalah pengacara baru kanak-kanak iaitu Tom Tom Bak .












So...lebih kurang camtu lah task dia.Yang number 2 sebab apa di Highlightkan?
Of course lerr sebab aku buat yang  itu  =)




Semangat gilaa practise XD







Ha...yang paling tak best bila nak makan kat cafe astro, pihak astro tak bagi kitaorg makan kat situ sebab katanya cafe astro just only for staf astro. Kalau nak makan 'please ataupun tolonggg ye makan kat luar' .Tapi masalaahnya kat luar astro ni tak nampak pun kedai makan! Terpaksa bergerak 3 kilometre jauhnya untuk mencari tempat makan . Pada siapa yang datang naik kereta boleh juga lah bergerak, siapa yang datang naik public transport like a bus or taxi ,how???Conclusionnya management astro sangat teruk dalam melayan orang ramai yang datang untuk di auditionkan . Sekian


Lepas semangat gila nak di auditionkan tapi dekat pukul 3 petang our number still jauh lagi , Then pukul 6 petang pun tak habis lagi , Tunggu punya tunggu sampai semua dah duduk tepi-tepi bangunan wat keja tah pape...


6.30 petang....


Masih belum diauditionkan and number jauh lagi..ade 100 lebey lagi orang before me . Bila tanya abg astro tu dia kata  before ni sampai pukul 11 malam pun tak habis lagi. Oleh kerana my number is the 3rd last in the list, and badan dah penat sangat + mood pun da takde...so..kitaorang ambik decision untuk pulang....pulang lah.....thats all. 
Terima kasih astro...We luv u so much......









Muka tarik diri.....



Short video masa tgh semangat gila practise...tak sempat pun nak present depan Aznil tunjuk kat sini pun jadi lerr... =P




Sori video terbalik...=)




Bye