For me , hair is one of the important elements that can give someone a perfect image and high confidence . With variety of style like style of cutting and the way u comb your hair sometimes can harm your hair.Yupp...seriously.......serius lerr…baru baca tadi ler…ahaax!
Okay..ni ada tips- tips untuk bagi rambut sihat macam rambut Kilafairy
1. Memilih sikat yang bergigi luas
Sikat merupakan alat yang asas bagi setiap orang untuk menyikat rambut agar rambut kelihatan kemas. Selain fungsi yang paling asas ini, sikat juga berfungsi untuk membentukkan pelbagai jenis gaya fesyen rambut. Oleh itu, sikat merupakan alat yang paling rapat dengan rambut. Dengan ini kita dapat melihat kepentingan memilih sikat yang sesuai agar rambut dapat dipelihara semasa seseorang mendandankan rambut mereka. Sikat yang berlapis teflon dan mempunyai gigi yang luas adalah dicadangkan bagi tujuan tersebut kerana gigi yang luas dapat mengurangkan kerosakan yang akan terjadi semasa gigi sikat melalui rambut kita.
2. Memilih berus yang mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi
Alat yang kedua yang sentiasa menjadi pilihan oleh orang ramai untuk mendandankan rambut adalah berus. Justeru, memilih berus yang sesuai juga adalah penting sekali untuk menjaminkan kesihatan rambut. Berus sentiasa digunakan untuk mengeringkan rambut tanpa mengira rambut yang lurus atau kerinting. Bagi tujuan mengurangkan geseran antara gigi berus dan rambut maka jenis reka bentuk berus yang dikenali sebagai blow-drying brush adalah digalakkan. Hal ini kerana berus tersebut mempunyai ruang yang mencukupi antara gigi pada berus tersebut. Di samping itu, terdapat juga lubang pada papan berus agar angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut dapat dilepaskan. Berus jenis ini mempunyai bentuk bulat pada hujung gigi yang dapat mengurangkan geseran antara rambut dan gigi berus malahan reka bentuk sebegini juga dapat melindungi kulit kepala daripada cedera
3. Mengelakkan menyikat rambut semasa rambut basah
Rambut adalah lebih lemah pada masa basah berbanding dengan semasa
kering. Oleh itu, rambut adalah lebih mudah patah atau putus semasa
basah sekiranya dibandingkan dengan keadaan kering. Memandangkan
keadaan menghadapi rambut yang basah merupakan keadaan yang tidak
dapat dielakkan oleh setiap orang maka cara yang digalakkan untuk
mengemaskan rambut semasa dalam keadaan basah adalah menyikat
dengan jari sendiri. Walaubagaimanapun cara memelihara yang paling
digalakkan adalah menyikat rambut pada keadaan yang kering atau
hampir kering. Kelakuan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan
kerosakan yang akan terjadi.
4. Membiarkan rambut kering secara semula jadi dan elak penggunaan pengering rambut
Seperti yang diterangkan di atas, rambut adalah lemah pada keadaan panas maka menggunakan pengering rambut akan merosakkan rambut dengan lebih mudah. Angin panas yang dihasilkan oleh pengering rambut akan merosakkan struktur protein bagi rambut kita maka rambut kita akan menjadi rapuh dan mudah putus. Sekiranya penggunaan pengering rambut adalah sangat diperlukan maka pengguna harus menjarakkan pengering rambut sekuarang-kurangnya 12 inci daripada rambut sendiri. Selain itu, suhu angin panas tersebut harus dimulakan pada suhu yang rendah dan meningkat secara perlahan-lahan. Tambahan lagi, suhu yang terlalu tinggi adalah tidak digalakkan untuk mengenakan terhadap rambut agar tahap kerosakan dapat dikurangkan.
Sorry tetiba update pasal penjagaan rambut..
Yelerrr..rambut kita kan da semakin panjang kan...before ni tak kesah pun kalau tak sikat rambut or tak syampu sebab rambut pendek kan,kan kan kan kannnnn.... ecehhh..menyampah! ... XD
Yelerrr..rambut kita kan da semakin panjang kan...before ni tak kesah pun kalau tak sikat rambut or tak syampu sebab rambut pendek kan,kan kan kan kannnnn.... ecehhh..menyampah! ... XD
Ini adalah gambar hiasan semata-mata ya...^__^ |
Bye!
No comments:
Post a Comment