Wednesday 13 November 2013

Life & Cat




Assalamualaikum....






Perghhhhhhh..lama giler tak update bai..hahak..almost 3 months kan?? Tak tahu ler nape bila nak update je rasa malas + kesibukan dengan kuliyyah & projek yang berlambak-lambak untuk sem ni mengokong aku untuk mengupdate blog yang 'terkenal' ini..Terkenal? Fuuuu....jangan duk berangan lah nak terkenal da dekat 2 tahun  setengah aku memblogging sensorang tapi belum lagi ler nampaknya nak terkenal macam blog Serius ke,blog Ben Ashaari ke, blog kak Maria ke , blog Madu Kayuki kee...hehee....


Okay lah..memang life tersangatlah hectic sem ni..Tido pukul 4 pagi bangun pukul 8 pagi..pukul 9 da kena present project work depan prof..Masa tengah present kena hentam banyak tak betul..ahh..this is life man...Tapi orang kata masa study ni kira enjoy sikit daripada kerja..Hm..ya..betul jugak tu..sebab dulu masa aku pernah kerja dekat firm arkitek tu kira exhausted jugak lah sebab pagi-pagi da kena mengadap desktop buat plan sampai lah petang..Kalau buat OT sampai malam..Fuhh..macam takde life je , macam takde life je macam tu..

Kalau masa study petang-petang boleh lagi nak jogging ke or lepak makan Cendol Wahab dekat wangsamaju tu ke..Kalau da kerja,balik je mesti energy da takde nak pergi memana + memikirkan besok kena sambung buat kerja yang sama di office lagi..mana ada mood nak makan cendol?!



Oleh kerana aku update entry ni pagi-pagi so nak ceciter apa masalah aku dengan 'kucing' yang sememangnya banyak berkeliaran di UIA ni..Actually takde masalah pun dengan diorang cuma pagi tadi lepas je bangun dari tido awal pagi(pukul 9pagi) ceh awal lah sangat, tetiba niat di hati nak minum nescafe... 

Nak suruh bini tersayang buatkan baru teringat yang aku tak kawin lagi so dengan langkah yang sememangnya pemalas pergi lah ambik cawan dengan sudu pergi dekat Water Cooler/Water Heater dekat dengan bilik ni...









Yeaa..inilah minuman ku setiap pagi u know..Kalau minum benda ni terasa hebat penuh kejantanan dan kelakian gitu....AAAliaa Aaliii ali cafe!! Kuat!


Tetapi...malangnyaa...bila sampai jee kat Water Cooler/Water Heater ni tiba-tiba ternampak satu makhluk comel ni sedang seronok landing betul atas Water cooler ni!....Wahwahhh!












Hemm..berdiri jap seminit pikir nak gerak ke tak dia ni...Kang gerak kecian pulak tengah syok tido tetiba kacau..gerak ke tak gerak ke tak..da lah siap berdengkur lagi..ish ish..tapi kalau tak gerak mana nak dapat air panas!
And then aku teringat satu story pasal Rasulluwah kita dulu....Cerita dia macam ni..



Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama 'Mueeza'.


Suatu ketika, dikala Rasulullah hendak mengambil jubahnya, Rasulullah melihat Mueeza sedang syok tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, Rasulullah pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Rasulullah kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya...Sebagai balasan, Rasulullah menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.



....................................................................................................................



So..conclusionnya aku pun cancel ambik air dekat water heater tu dan pergi jerang air sendiri..Nak pekena Ali Cafe punya pasal..=,)








Thanx for Reading & Have a nice day.












~Tetiba teringat Bryan 'kucing family kat rumah'..Da bangun tido ke belum dia tu..

























Thursday 15 August 2013

Al Fatihah....




Assalamualaikum...



Maaf kerana lama mendiamkan diri daripada menulis dalam blog yang tahpape ini yang ternyata hanya menjadi tempat untuk membuang masa & perasaan yang tak pernah habis membasahi jiwaa nurani..cewah....Sebelum itu aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua muslimin dan musliman semua...Maafkanlah daku andai kata ada terkasar bahasa mahupun menguris jiwa bagi sesiapa yang mengenali diriku ini tidak kira di dalam mahupun di luar laman sensawang ini...Maaf.....

Walaupun sudah masuk hari ke 7 kita beraya..aku berharap ucapan raya ku ini tidak terlewat kerana kita masih dalam mood beraya lagi kan? Kepada anda semua sambutlah Syawal ini dengan penuh bahagia disamping family korang semua..Hargai saat bersama-sama..jangan gaduh-gaduh sangat..Sebab bila ada antara family anda yang sudah tiada menghadap Illahi..anda pasti akan rasa akan kehilangannya dan nikmat raya itu pasti tidak akan sama dengan yang sebelum ini..

Begitu juga dengan diriku...Seminggu sebelum raya iaitu pada 1 Ogos 2013 , paklong ku meninggalkan dunia ini secara mengejut,because of the Heart Attack. Memang terkejut sangat sebab arwah pergi mengejut macam tu sahaja..Bagaikan dalam mimpi selepas subuh ramadhan yang ke 23 pintu bilik diketuk oleh adik perempuanku dan memberitahu ' Bang cepat siap Paklong dah meninggal...'..Terus aku bangun dan bersiap-siap untuk pulang ke Ipoh pada pagi itu juga....

Hari ini genaplah dua minggu arwah Bong iaitu arwah Pak long ku meninggalkan dunia yg fana ini..Slama 14 hari ini juga fikiran kami sekeluarga masih terawang-awang mengingati & mengimbas kembali kenangan kami bersamanya…Masih segar lagi di fikiranku di mana aku sendiri berada di dalam liang lahad arwah menyambut mayatnya dan mengambus tanah hingga arwah hilang daripada pandangan mataku bersama air mata jantanku mengalir terus menitis tanah perkuburan Islam itu...

Ya..walaupun aku ini hanya merupakan ank buah arwah, tetapi kami sekeluarga telah menganggap beliau sbagai bapa kami satu keluarga besar ini..Mungkin kerana arwah merupakan seorang insan yang baik hati dan penyayang dengan anak-anak buahnya terutama sekali anak-anak buahnya yg masih kecil. Arwah Bong juga yg membuat kami sekeluarga tak pernah kering gusi dengan usikan dan lawaknya saban hari...Raya tahun ini merupakan raya yang paling sedih & hambar bagi kami sekeluarga. Walau dengan cara apa sekali pun dibuat tetapi dalam pelusuk hati kami tetap mengingati akn kehilangan arwah..Senyuman terukir di wajah tetapi hati tetap pilu sebak mengenangkannya tanpa noktah....

Ya Allah ya Tuhanku..Tabahkanlah hati hambamu ini..tambahkanlah hati seluruh keluargaku terutama sekali Opah ku yg masih sedih memikirkan ttg kehilangan satu-satunya anak lelaki beliau..Tabahkanlah..Tak sanggup diriku melihat dirinya terus terseksa dgn kehilangan anaknya itu…Sesungguhnya kami tahu bahawa Arwah Bong dijemput dahulu kerana lebih disayangi oleh mu ya Allah… Semoga roh arwah tenang di sana & di tempatkan dikalangan orang-orang mu yg terpilih….

Al fatihah…… 






























~Thanx for reading this entry..Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin...


















Oh hawa...





Nampaknya semakin bertambah golongan kaum hawa kita yang menganggap soal 'Maruah Diri' lebih murah daripada harga bayaran yang dikenakan untuk memasuki Tandas Terminal 1...Selepas adegan ataupun peristiwa  Budak Couple Seminggu beberapa minggu lepas, kali ini terjadi lagi.. Header di laman facebooknya menunjukkan wajah kedua Ibu & Bapanya tetapi tak sanggup pula daku mengaibkan mereka di atas perbuatan anaknnya ini..So..jangan ditanya lagi pic siapa yang aku blurkan itu....

Kepada kaum hawa di luar sana..ku mohon..fikirlah..renungkanlah dahulu sejenak hanya untuk beberapa saat sebelum anda membuat keputusan mahupun solusi melakukan sesuatu..bukanlah hanya untuk kepentingan diri sendiri..tetapi juga untuk orang yang tersayang.....


















~Thanx for Reading & Have a nice day..






Monday 8 July 2013

Ucapan & Harapan seorang gadis berumur 15 tahun...











Assalamualaikum...








  Anda bosan ataupun kepenatan bekerja pada hari Isnin hari permulaan minggu ini?.. Usah risau..ada hiburan untuk anda..tapi tak tau la kan samada hiburan ini menjadi satu tekanan ataupun membuat emosi anda terganggu....Enjoice....


















Kasihan kedua ibu bapa adik ini....Kasihan datuk dan nenek beliau...kasihan kucing beliau....jika kesemuanya melihat VT ini.............Berhijab sudah, menutup aurat boleh tahan dah... tetapi....

























































































 








































































































~ Thanx for reading and have a nice day ( Sori entry kali ni bahasa kasar ckit =p )



























Monday 17 June 2013

Oh Purdah..





Assalamualaikum....









Korang mesti ada members mahupun family sendiri yang mempunyai penampilan diri dengan ber purdah , niqab atau nama lain selain daripada yang aku sebutkan ni. Bagi yang noob tak tahu apa itu purdah..mari saya terangkan daripada segi Istilah & Bahasanya..


       Orait... dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, purdah bermaksud kain penutup muka perempuan. In other words, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesesorang perempuan itu melainkan matanya sahaja. Ada yang memanggilnya Purdah, ada yg panggil niqab ada juga golongan yang memanggil Ninja...lol...


      Tujuan entry ini bukanlah untuk explain apa itu purdah mahupun niqab semata-mata sebab korang pun boleh google sendiri kan..tetapi aku hanya ingin sampaikan apa opinion aku pada golongan yang telah berpundah , yang odw mahu berpundah ataupun yang tak nak and tak terfikirpun nak berpurdah.













       Ya..lately ni memang banyak rakan-rakan sekuliah mahupun rakan-rakan di laman sosial facebook/twitter yang telah memakai purdah. Bagi rakan-rakan di Universiti, rasanya itu telah menjadi perkara biasa maybe sebab terletaknya nama Universiti Islam Antarabangsa itu sendiri sebagai background tempat kami belajar. For foreigner , memang ramai di universiti kami yang berpurdah .Tetapi bagi golongan melayu itu memang ternyata kurang daripada foreigner. Yelahh...xkan lak perempuan melayu lagi banyak pakai purdah daripada perempuan arab kan? so...majoriti fareigner yang memakai niqab dalam universiti kami iaitu di UIAM.


          Bagi rakan-rakan melayu ada yang ternyata berpurdah sejak mereka register first year mahupun di asasi level (foundation studies) lagi di matrik. Ada jugak yang bila da belajar sini beberapa lama kemudian membuat keputusan untuk berpurdah..Dan golongan itu semakin meningkat dan dalam hati ini kagum kerana semakin bertambah rakan ku yang mahu memakai niqab..Ada jugak yang bila time menikah, kahwin mahupun ketika di atas pelamin pengantinnya berpurdah. Ada jugak yang sememangnya pada realiti kehidupan mereka ada yang tidak bertudung(free hair) tetapi bila time macam tu pakai purdah..Apa perasaan dan pendapat bagi perempuan yang sememangnya berpurdah melihat meraka-mereka ini berpurdah hanya semasa berkahwin mahupun ketika diijab kabulkan? 


Tapi, terdetik jugak dalam hati beta ini dengan pelbagai soalan..


1. Kenapa tiba-tiba je berpurdah?

2. Kenapa pakai purdah?


3. Motif and point anda pakai purdah
?


4. Ikut trend dalam drama ke?


5. Eh perangai macam syaiton tup-tup sekarang berpurdah lak? (bukan semua)

        

    Sori if ada yang bengang & ada masalah dengan soalan aku nombor 5 tu. Apa yang menyebabkan aku cakap macam tu sebab ada seorang kawan sekelas aku ini yang mana aku takde lah rapat and kenal-kenal macam tu je..Tapi aku tahu perangai and attitued berdasarkan penampilan & perwatakan dia..Nauzubillah babee.. Ya..i know,we  can't simply judge people , tapi orang bijak pandai ada berkata..With every single words yang keluar dari mulut seseorang itu kita dah boleh gambarkan tentang diri dia. Then aku pun bersangka baiklah kot after wearing the Niqab dia akan jadi lebih baik tapi.............








       So..funtion apakah yang anda dapat bila tambah satu lagi accesories dekat pakaian anda tuuu..It's a same thing dengan perempuan yang berhijab mahupun bertudung. Kalau pada golongan yang Free Hair tu pasti akan cakap, pakai je tudung tapi perangai macam Nakharomz so baik tak payah pakai tudung. Tapi at least orang yang bertudung kalau buat perkara nakharomz akan masuk neraka tetapi orang yang tak bertudung mahupun Free Hair gitu tetap akan masuk ke neraka walapun perkara nakharomz tu beliau tak buat! Tetapi jangan anda samakan dengan Purdah. Pada sesape yang memakai purdah tetapi still buat perkara nakharomz tu akan mendatangkan aib yang lebih lagi pada dia padahal tujuan sebenar memakai niqab adalah untuk dipakai kerana mengelakkan fitnah kepada diri dan orang sekeliling.




Mazhab mana ni...T_T







Okay..aku da membebel panjang lak..Ini ada sedikit share dari rakan seperjuangan aku dengan Syeikh Guru Halaqahnya baru-baru ini..Bagi 3 golongan yang disebutkan tadi iaitu 1st , golongan yang telah berpurdah , 2nd ,yang odw mahu berpurdah , 3rd, yang tak nak and tak terfikirpun nak berpurdah. Golongan 1 & 2 harus focus apa yang Syeikh ni katakan...golongan nombor 3 tu boleh ikut wa g layan movie 'Man of Steel' jap lagi..haha..ohh..bukan muhrimm..haramzz...Assalamm =)







Sekadar gambar hiasan


    


"Purdahkan hati sebelum menyarung purdah ke muka"-al Syeikh-


Dengan maksud, hati yang berpurdah, iaitu yang mempunyai hijab daripada niat-niat yang mazmumah lebih baik daripada wajah yang mempunyai hijab.

FAHAMKAN. Hati yang mempunyai hijab namun tiada hijab pada wajahnya ADALAH LEBIH BAIK daripada wajah yang berhijab NAMUN hatinya tidak berhijab.






Tidak berhijab HATI:

- Inginkan perhatian daripada insan tidak selayaknya


- Berasa lebih "solehah" dengan memakainya. 


- Membandingkan diri dengan orang lain dengan melebihkan diri


- Mudah dimasuki virus pemikiran atas keilmuan asas yang tidak matang


- semata-mata ikutan budaya untuk ke arah gaya Islamik










Purdah | Hijab Muka | Niqob









     
                                                    




















~ Thanx for reading & have a nice day















      

     

Saturday 8 June 2013

End of the Semester







Assalamualaikumm...





Haa...Lamanya tidak mengupdate blog yang ternyata tidak ramai yang view seperti blog-blog famous yang lain.Haha..Okay..aku baru je bape hari cuti sem .Cuti untuk 3 bulan wehhh! Maksudnye lepas rayalah baru pulang ke UIA tercinta tuu.. Because , this year im not goinna take Short Sem. Plan nak kerja dekat mana-mana Architecture Firm kat Soromban ni as a partimer.So, plz sape-sape hired me cepat.Ternyata saya adalah pekerja yang berdedikasi & berwawasan tinggi.Haha..Ahh, xkesah lah if keja as a coffee maker pun janji dapat experience. Tak gitu?..



Sempena cuti sekolah ni juga , semalam melayan all my sibllings layan movie yang baru direleasekan iaitu AFTER EARTH. Alah..citer Will Smith berlakon dengan anak lelaki dia jugak yang tah ape nama dia pun aku tak tahu. Anak dia yang pernah berlakon cerita Karate Kid. Haa...anak dia la tu..Smua ni atas permintaan my adik-adik kalau tak bek tengok citer lain. Oleh kerana untuk memegang title sebagai Abang yang mithali ku turutkan ler jugak =,D
























My star for this movie? Okaylah..4 from 5 stars .Actually ,movie ni sesuai ditengok pada sapa-sapa yang ada conflict between their father. Kisah seorang anak dan bapa untuk memahami diri antara satu sama lain.Tapi malangnya kami terlupa nak bawa Abah kami untuk menonton bersama movie ini....Sad..



Lepas layan movie , Abang mithali ni pun melayan adik-adiknya untuk berjalan-jalan di Jaya Jusco Seremban yang anda tahu kebosanannya lebih bosan daripada melihat iklan IM4U di kaca television mahupun YouTube.  Then, my siblings suggest untuk pergi Karok dekat GreenBox tetapi oleh kerana masa tidak mengizinkan terpaksalah Karok dekat karaoke Jamban dekat Jusco tu untuk bape buah lagu je untuk melepaskan hajat adik ku itu.



Jap..korang tau tak karaoke Jamban tu apa?kang ingat betul-betul Jamban lak..hahah..Karaoke Jamban tu maknanya tempat karok yang kecik tuu..Yang bayar singgit satu lagu, satu lagu singgit.


Sedang we oll'z mencari lagu untuk karok..tetiba terjumpa lagu + penyanyi yang luar biasa nie............sejak bila dia buat album?hem................

...




























Okay,Serius kami gelak sampai masuk keta, sampai umah,  sampai sekarang & selamanyaa....haaaha















~ Thanx for reading and have a nice day =)













~











Saturday 4 May 2013

Sebab Utama Gadis Melayu Terpikat Dengan Banglasia






Assalamualaikum.... 



Anda hairan mengapa sekarang ini banyak gadis yang hot setuf mahupun yang huduh sekalipun di luar sana lebih terpikat kepada lelaki bangla berbanding anda? Usah gusar..Ini adalah jawapannya...







Saleem Banglasia!
















Ini adalah sebab utama mengapa para gadis melayu couple mahupun kawin dengan mereka..Kebanyakan lelaki melayu diluar sana tidak dapat menandingi kelunakan suara beliau.FACT!



Hahahhaa..Jangan mare..gurauan di malam PRU..Selamat Mengundi! =)










Friday 3 May 2013

INI KALI LAH!





Assalamualaikum....









Oklah..sempena PRU besok , wa tak nak cakap banyak..Korang pilihlah ikut kata hati korang.Pikir-pikir balik..kalau undi pembangkang ,2 'KAUM' sana naik..kalau undi BN , corruption gila Khinz__...Poning..poning....











Sampai je rumah tadi from KL..my father gave this to me..and just 3 words from him.....'INI KALI LAH!'..ahaha...XD..


So...Yang mana korang rasa boleh memimpin tempat korang dengan baik ,korang pangkahlah tanpa segan dan silu..But..if anything bad happen..don't complain2 lak..Especially pada manusia yang tak berdaftar sebagai pengundi. Ternyata kamu tidak menjalankan tanggungjawab kamu pada bangsa dan negara. Kerana ini membabitkan masa hadapan kamu.Jangan kamu banyak komplain  tak puas hati dengan pemimpin yang ada nanti sebab kamu telah diberi hak dan peluang untuk memilih tetapi kamu hanya ignore dan hidup dengan dunia kamu yang sementara itu sahaja....Ingat...Parti mana yang kamu undi,itulah cerminan mentaliti,pengetahuan & pegangan Agama yang kamu miliki.....



Sekian tazkirah saya satu hari sebelum mengundi hari ini..Salam Satu Ajib.



















 ~Oh..baru perasan tempat mengundiku di Sekolah TAMIL naidu....       





























Saturday 27 April 2013

Yang mana satu pilihan anda?








Ya..malam ni ada dua ceramah daripada 2 orang yang dikenali dalam Malaya ini di Putrajaya. Ustaz Azhar Idrus seorang ustaz yang banyak menyampaikan ilmu melalui ceramah beliau and the other one is Tun Mahathir Mohammad kita iaitu seorang bekas pemimpin yang berkaliber dan direspect dari seluruhm pelosok dunia.Tun telah banyak berjasa dengan memberi idea bagaimana untuk memajukan Malaya ini hinggalah dengan apa yang kita kecapi sekarang.

Hm..seriously this situation make me confuse which one patut pergi. I adore both of them.Tapi..klu dalam pic nie UAI dgn Abg Jib...Bye bye Ajib....LOL





























~ Pada anda yang takde buat apa malam ni pergi ler..Jangan syok layan drama ' Cinta Jangan Pergi ' lak malam nie..Ingat gua tak tau? haha..=P